Apa yg hendak dicari?

Rabu, 30 Oktober 2013

PROMOTE : Friendship Giveaway By HimeOuji Shop

(Klik banner for joining)

Alhamdulillah...akhirnya...berlangsung juga Giveaway pertama daripada HimeOuji Shop.Jemput join ye blogger semua.
eh,eh, kenapa tajuk n3 ni PROMOTE? Aida tak join ke?
kenapa?? hah,seperti yang Aida cakap di n3 sebelum ini...Aida adalah salah seorang daripada admins HimeOuji ni...
join?? huhu TT_TT sebenarnya Aida memang nak join...nak sangat-sangat...huhu...tapi...syaratnya "Admin dilarang join" ...huhu,sedih2...
tapii...Aida ni bukan jenis yang mudah putus asa....hehehe ^_^


(Start pada 28.10.13 dan tamat pada 18.11.13)

Syarat-syarat:
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai Bog dan Facebook *yang tak ada twitter pun boleh join
  • Ikut semua syarat-syarat
  • Buat entri bertajuk Friendship Giveaway By HimeOuji Shop
  • Copy kod di bawah sekali paste dalam entri
  • Hantar link penyertaan di ruang komen di entri  Friendship Giveaway By HimeOuji Shop di Blog HimeOuji Shop
Senarai Hadiah dan Sponsor
  • {1} Pencilcase One Of Kind by Shiedahruslan Kpop Shop
  • {2} Biji keychain exo by Eymasu and World Craft
  • {3} Notebook by Azlan Azmi
  • {1} Dodora by Eyma Lydia 
  • {2} High Beam by Eyma Lydia
  • {2} Doodle by Zakie Zaki
  • {2} Fridge magnet by Nur Farahain 
  • {2} Voucher 30% Hime Ouji Shop by Hime Ouji Shop 
  • {3} Kpop Bookmark by Aida Adnan 
  • {3} Kpop Bookmark by Anisaa Manaf 
  • {5} Top up by Aimi Wahid 
  • {2} Vector by Nur Aina Nazura 
  • {2} Header by Ieyra'Nur Zahira Ghani 
  • {3} Header by Aisyah Bakri 
  • {3} Korean Product by Simple Syara
  • {2} Bangle by Areena official Blog
  • {1} Make Up Case by The Great Little Summer Crafts
  • {1} Cotton Fon Casing by The Great Little Summer Crafts
Follow Blog Sponsor
Like Fanpage Sponsor:


 
Follow twitter *bagi yang ada


Follow Facebook:
https://www.facebook.com/GadisShoot

Join Group ni:

https://www.facebook.com/groups/512360175517595/

Follow Istagram *bagi yang ada:
http://instagram.com/aimyyyyy

Klik:
{1} dan {2}

Isnin, 21 Oktober 2013

Mencari Sponsor Giveaway HimeOuji Shop

Hai...Assalamualaikum...

Aida sedang mencari sponsor untuk Giveaway Friendship HimeOuji Shop...
3 orang barangan post...
review blog dan bloglist tidak dikehendaki...

Ada sesiapa yang berminat??kalau ada boleh im di fbpage ni

Perhatian!!!
tarikh tamat pencarian sponsor dipanjangkan maka tarikh berlangsungnya GA pun akan dilambatkan...

Tarikh tamat mencari sponsor : 24.10.2013(Khamis) 27.10.2013(Ahad)
Jam : 7:00 ptg 9:00 malam

Tarikh berlangsung : 28.10.2013 - 18.11.2013


kenapa Aida pulak yang sibuk cari sponsor??
sebab Aida salah seorang daripada admin HimeOuji Shop

jemput la membeli di HimeOuji Shop ye...

First make:Pavlova (o^_^)o o(^_^o)

Konichiwa (^_^)/ Assalamualaikum...
apa khabar blogger sekalian?sihat?...Alhamdulillah....

Jam 4 petang pada 8 oktober 2013 maka tamat lah sudah peperangan minda pelajar-pelajar batch 1998,iaitu Penilaian Menengah Rendah...
Alhamdulillah...kertas2 soalan telah selamat dijawab walaupun ada beberapa kertas yang memeningkan dan sekarang mungkin kertas2 itu sedang disemak...
Ya Allah Ya Tuhan ku Kau tenangkan lah hati pemeriksa kertas jawapan peperikasaan semasa menyemak kertas jawapan kami(pelajar PMR) Ya Allah...
Amin...

Okey2...back to the topic...
taadaaa.... /(^o^)\
hehe
ni sebenarnya pavlova percubaan kedua



Aik??...apa sal tiba2 je buat pavlova ni?
#Percubaan pertama(10.10.2013)
Haa...cerita dia macam ni...
Asalnya kakak Aida yang ajak buat sebab cikgu kat kolej dia yang suruh...hasilnya...ermpp...memang cantik...naik tinggi pula tu...bila pegang..waa...lembut macam marshmallow...than...time rasa...ermmnyumm..tiba2 zzzeeekkk...huh...macam otak kena litar pintas...Ya Allah...manisnya....tak tau la macam mana kakak Aida boleh makan banyak...

Dari segi deko(ceh deko tu)pula...kami hentam je...kiwi dengan epal potong 3 segi kecil2 jadi tabur je atas pavlova tu than tambahkan sedikit rainbow rice...bagi lawa sikit cover buah2 yang berselerak tu...tak ada gambar nak tunjuk sebab ingat nak telan je...jadi..bayangkan la sendiri...tapi jangan teruk sangat tau..hehe

#Percubaan kedua(11.10.2013)
Hehehe....kali ini Aida buat sendiri(tgk gmbr kat atas,cantik tak?hehe)...ini untuk bekal masa jalan2 tengak cerita #Graviti dekat Taiping Sentrel...Tapi, tak jadi bekal pun...sebelum bertolak lagi kami dah makan...

Kali ni yang Aida buat tak naik tak tau sebab apa...tapi dah tak manis..yey...nyum2...sebab Aida dah kurangkan gula...sesuai dengan taste Aida...Insyaallah..selamat juga untuk yang mempunyai penyakit kencing manis...hahaha...macam puji diri sendiri dah...ish2...
Okey lah..sekarang Aida nak kongsikan resepi Pavlova ni...

Bahan-bahan
4 biji putih telur ayam
3/4 cawan gula kastor
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan cuka
1 sudu teh esen vanila

Topping
whipped cream
buah-buahan masam

Cara-cara
1.Pukul putih telur sehingga kembang kemudian masukkan gula kastor pukul sebati...Aida guna mixer(mesin adun bahan)je...

2.Selepas tu,masukan tepung jagung,esen vanila dan cuka...gaul sebati...

kalau nak tau jadi ke cuba terbalikkan bekas tu...insyaallah kalau x tumpah or lambat jatuh tu jadi la...


3.Panaskan oven selama 3 minit dengan suhu 170 darjah celcius.Lapikkan loyong dengan kertas minyak kemundian tuangkan adunan tadi....Masukkan kedalam oven dan bakar selama 30 minit dengan suhu 170*c....

4. Setelah siap bakar...keluarkan dari oven dan biar sejuk seketika...siap...
eh eh...jangan lupa toppingkan dengan whipped cream dan buah-buahan tau...

pavlova yg belum ditopping

setelah ditoppingkan dengan whipped cream

~~ sekian ~~

PS# sedang mencari sponsor untuk Giveaway Friendship HimeOuji Shop

Selasa, 1 Oktober 2013

Soalan Ramalan : Ilmu Pengatahuan Asas Kejayaan

Aida nak kongsikan sikit tajuk ramalan PMR buat semua calon PMR....
Semoga ianya berguna...


.عن أبى بكر رضى الله عنه, عن النبى (ص) قال أغد عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا ولاتكن الخامسة فتهلك
(Riwayat At Tabrani)

Maksudnya:
Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu,jangan jadi orang kelima anda akan binasa.
  • Hadis diatas menyarankan supaya kita menuntut ilmu, mencintai ilmu dan menjadi orang yang berilmu pengetahuan. Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima, iaitu golongan yang tidak memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Saranan Yang Terdapat Dalam Hadis
  1. Menjadi seorang guru, iaitu menyebarkan ilmu kepada orang ramai
  2. Menjadi pelajar, iaitu menuntut ilmu pengetahuan
  3. Suka mendengar sesuatu yang boleh memberi ilmu pengetahuan
  4. Cinta kepada ilmu pengetahuan
  5. Tidak menjadi golongan kelima, iaitu mereka yang tidak memiliki keempat-empat ciri diatas
Cara Menjadi Orang Yang Berilmu
  1. Sentiasa membaca buku-buku ilmiah dan berfaedah
  2. Rajin menghadiri progran-program
  3. Berkawan dan mendampingi orang-orang yang berilmu
  4. Sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan ilmu
Akibat Tidak Berilmu
  1. Sukar untuk mendapat hidayah Allah SWT
  2. Tidak mendapat keredaan Allah SWT
  3. Dihina dan disisihkan oleh masyarakat
  4. Tidak dapat membezakan antara perkara yang hak dan batil
  5. Tidak dapat membangunkan masyarakat Islam
  6. Umat Islam dipandang rendah
Ciri-ciri Ilmu Yang Berguna
  1. Ilmu yang memantapkan iman
  2. Ilmu yang membawa keepada pengabadian diri kepada Allah
  3. Ilmu yang dapat mempertingkatkan martabat umat islam
  4. Ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan
  5. Ilmu yang membangunkan masyarakat
  6. Ilmu yang membawa kejayaan
  7. Ilmu yang membentuk akhlak dan sifat terpuji
Faedah Berilmu
  1. Hidup mulia dan dihormati
  2. Mentaati dan berbakti kepada ibu bapa
  3. Diredai dan dikasihi Allah
  4. Membangunkan ekonomi islam
  5. Dapat berbakti kepada masyarakat dan negara
  6. Dapat membezakan diantara hak dan batil
  7. Mengangkat martarbat agama,bangsa dan negara
  8. Berdaya maju setanding dengan bangsa-bangsa lain
Pengajaran Hadis
  1. Kita mestilah berusaha dengan tekun dan sabar untuk menjadi orang yang berilmu.
  2. Orang yang tidak mencintai ilmu akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.

~~sekian~~

Gift Form Timizero