Apa yg hendak dicari?

Rabu, 24 Oktober 2012

lantak la...

waaa....

habis...habis...

habis entri blog aq, aq kerjakan...
gara2 nk try "read more"

nak repair pun x leh dah....

lagi teruk ada la...

Selasa, 23 Oktober 2012


1.kord pada keyboard
  - F major 
  - D minor
  - E minor
  - C major


2.Muzik Sewang
  
  a) alat2 muzik yg digunakan
     1.Centong/Cuntou - alat perkusi drpd buluh
     2.Pengsol - alat tiupan yg ditiup melalui hdg dprbuat drpd blh.
     3.kerem/kerepm/kreb - alat petikan drpd buluh
     4.Sigel - alt gesekan spt biola dbuat drpd buluh,tali langkap,damak.
     5.Tawaq - gong tembaga
     6.Rebana/Bejula - alt prkusi drpd kulit kmbg...

  b)gamelan
     # maaf la ye ... harap boleh cari sendiri.. sbb byk sgt nk tulis
read more

Jumaat, 19 Oktober 2012

Cara mengira waktu tempatan satu tempat

Assalamualaikum....apa kabar?...

hah! nak tanya sikit ni...
korang ingat lagi tak macam mana nak kira waktu satu tempat...
kalau x ingat... jom kita ingatkan sama2...

Contoh:

1.Cari waktu di KL (120') jika waktu di London (0') 10:00pagi

  a)  0'       120'
       |           |
       <-120'->
       |           |
    london     KL
    10pgi

  b)beza garisan bujur 102'

  c)beza waktu 120' x 4minit
     = 408 minit
     = 408/60
     = 6 jam 48 minit

   d) ke barat jdi kena tolak

       | | | | | | 48 min - 10pgi

       = 4:48ptg - KL

harap2 faham la ye... klau x faham .... tunggu entri yg lgi satu la ye...

Rabu, 17 Oktober 2012

kongsi2 sikit...

hai... assalamualaikum....

ni ade sikit soalan2 sains yg mungkin ada masuk dalam exam...

1.3 bentuk jirim & lukis susunan zarah2 bagi bentuk jirim tersebut...
   a)pepejal
   b)cecair
   c)gas

2.Sumber tenaga
  ->bentuk tenaga
     -kimia
     -kinetik
     -cahaya
     -haba
     -keupayaan
     -nekleur
     -bunyi
     -elektrik

->matahari
    bentuk tenaga
    -haba
    -cahaya

->sumber tenaga
    ->boleh diperbaharui
       -solar
       -ombak
       -hidro
       -geoterma
       -biojisim

  ->tidak boleh diperbaharui
     -petroleum
     -arang batu

3. Bentuk tenaga apakah yang digunakan untuk aktiviti dibawah

  1.jam randik->
  2.spring yang direngangkan->
  3.air sungai yang mengalir->
  4.lilin yang menyala->
  5.lampu yang menyala->
  6.matahari yang bersinar->
  7.air yang mendidih->
  8.rama-rama yang sedang terbang->

4.Tenaga apakah yang terhasil apabila

  1.mengosok kedua-dua tapak tangan->
  2.api yang sedang menyala->
  3.menyambung bateri pada wayarnya->

5.Nyatakan pembandingan sistem sokongan bagi

  a.vertebrata darat & vertebrata akuatik

                                   -> vertebrata darat     ->vertebrata akuatik
    disokong oleh->            *endoskeloton        *daya apungan air
    saiz lenkungan&pelvis->*besar                   *sangat kecil
    tulang->                       *besar&kuat          *kecil&lemah

  b.invertebrata darat & invertebrata akuatik

   
   disokong oleh->*badan lembut dengan cengkerang keras      *daya apungan air
   tulang->           *keras & diperbuat drpd kitin                      *keras&diperbuat drpd kalsium karbonat

6. Nyatakan ciri2 tumbuhan akuatik

   *batang lembut dan ringan
   *mempunyai ruang udara
   *saiz daun yang kecil
   *dasar daun yang kelihatan bengkak                                                                      

Isnin, 15 Oktober 2012

Cerita mamat n minah..sweet gile bacalah klu nak tahu kenpa kaum hawa slalu garang


isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)


Mamat : Assalamualaikum.. Hai awak, saya nak berkenalan dengan awak boleh tak..?Minah : Waa'laikumussalam.. Boleh, tapi kene jumpa mak bapak aku dulu.. Minta izin.. Kalau mak bapak aku bagi, aku on je..Mamat : Waaa.. Boleh tahan ek awak ni.. Ok saya jumpa mak bapak awak.. Bagi alamat rumah awak..Minah : Ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..Mamat : Tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati : Ceh malas betul punya minah.. Takpe2.. Waa nama NURUL IMAN.. Lembut je nama tapi perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)

Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik.. Sihat..?Pakcik & Makcik : Waa'laikumussalam.. Alhamdulillah kami sihat.. Tapi, anak ni siape..?Mamat : Saya MOHD AIMAN.. Saya datang jumpa makcik dengan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yang bernama NURUL IMAN..Pak cik : Alhamdulillah.. Ade lagi pemuda yang gentleman macam kamu ni lagi ye zaman sekarang.. Sebenarnye, kamu la pemuda anyg pertama datang mintak izin sebelum nak berkenalan dengan anak pak cik NURUL IMAN tu..Mamat : (Dalam hati : waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)Mak cik : Sebelum2 ni tak de siape yang berani datang.. katenye si NURUL IMAN tu garang sangat orang nye.. Sebenarnya tak.. Si NURUL IMAN tu orang nye lembut sangat, sopan, budi bahasa, rajin dan agama nye pun baik..Mamat : Sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati : ceh.. Lembut ke..? Sopan ke..? Budi bahasa ke..? Takde gaye langsung.. Takpe2.. Wait n c minah..)Pakcik : Pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…Mamat : Terima kasih pakcik makcik..

read more ^_^

Kata Hawa

HAwa berbicara :

Aku kata “Astaghfirullah”
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat..

Aku kata “wa atubu ilaih”
tetapi jasadku masih melakukan dosa sama..

Aku kata “wa nadimna ya Allah”
tetapi kesilapan lalu masih kuulangi..

Aku kata “Subhanallah”
tetapi aku tidak mampu menghayatinya..

Aku kata “Alhamdulillah”
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaan-Nya..

Aku kata “Allahuakbar”
tetapi cintaku lebih kepada dunia..

Aku kata “ma fi qalbi ghairullah”
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal..

Aku kata “aku tak layak ke syurga
tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan
aku kuat untuk rasa pedih api neraka..

Aku kata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku..

Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia..

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal..

Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.

* menjadi renungan kuu..

Selasa, 9 Oktober 2012

Yang pergi takkan kembali....

Assalamualaikum...

apa khabar?..

erm...lama x update blog kan...dah bersabuk pun...

hari nie adalah hari yg menyedihkan bagi rakan sekelas ku...(hidayat)
dya telah kehilangan emak kesayangan dya....

mari la kita ramai2 sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah mak hidayat....

Al Fatihah.....

Isnin, 24 September 2012

PETANDA 100 HARI SEBELUM KEMATIAN

Firman Allah SWT; Bermaksud; “Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan” (Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali
1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan “Laa illallah, Muhammadur Rasulullah” supaya kamu dapat jawapan kepadanya.



copy paste dari blog org sebb x leh nk baca cause byk sgt iklan yg lindung tulisan...

borak borak je

hai assalamualaikum...

pen merah dot say

ruginya sesorang itu bila dya terlalu mengejar orang yg dicintainya...dan dya tidak pernah nmpk org yg menyintainya...

and i say

aq x de kejar sape2 pun... dan aq nmpk org yg suka aq tpi saja wat x nmpk... sbnrnya adakala aq mmerhatikannya...tpi aq x leh terima dya sbb blm smpai masanya...
*huh...ei ya le tu*



Kenapa kita ada rasa cemburu dengan dia? Sebab kita sayang dia. Kenapa kita ada rasa sakit hati dengan dia? Sebab dia tak hargai kita.

i say

ya... betul tu...
a'a mmg btl... mcm kita nie x wujud....





Jangan terlalu mengambil serious dalam sesuatu perhubungan jika anda masih belum yakin dengan pasangan :)

me say...

a'a betul tu.... bab tu aq x suka kapel2 nie... geram n kirai pun ade bila tgk kwn yg kapel nie....bkn sebb jelez tpi..yg dorang nie bila putus bkn main sedih pastu cri yg lain pulak...jap2 putus... jap2 putus...ish ...kirai..x de perasaan ke?

hah...pa pe je la...

merapu sorang2 dalam hati....

huwaa.... 

aq rasa serba salah pulak kat rakan fb aq... bab tipu diorang... dn rahsiakan sape diriku yg sebenar...
dh la sorang nie tgh sedih....

ok la...

Jumaat, 31 Ogos 2012

Niatkan Dalam Hati 8 Perkara Ketika Berwuduk

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
... "Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-s
urau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Sabtu, 25 Ogos 2012

~IBU~

IBU!?
Dalam kehidupan ini, ada tiga orang ibu yang berpengaruh dalam kehidupan kita. Ketiga orang ibu itu wajib kita hormati dengan mewujutkan kebaktian kepadanya.

I. Ibu kandung yang melahirkan kita
Coba kita bayangkan wajah kedua orang tua kita. Dulu sebelum lahir kedunia ini ibu membawa beban berat selama 9 bulan dalam perutnya. Dengan susah ... payah dan rasa sakit yang penuh penderitaan saat melah
irkan kita kedunia ini. Alhamdulillah kita terlahir kedunia ini dengan selamat.

Terus dengan sabar, gembira dan penuh kasih sayang mereka membesarkan kita mendidik kita sampai besar seperti ini. Kalau kita hitung jasa dan kebaikan mereka tidak akan terbalas.

Sebuah contoh dari Syaidina Ali Zainal Abidin Ra, beliau sangat berbakti kepada kedua orang tuanya. " Engkau adalah orang yang berbakti kepada ibumu, tetapi mengapa aku tidak pernah melihat engkau makan bersamanya?" tanya seseorang padanya. Beliau menjawab," Ya, karena aku khawatir tanganku mendahului mengambil makanan yang telah dilihat dan hendak dirasakannya sehingga akupun mendurhakainya." Subhanallah, sampai seperti itu hati-hatinya Saydina Ali Ra dalam menjaga adabnya pada ibu.

Dalam Al-Quran kita juga diperintahkan mentaati perintah kedua orang tua, seperti dalam surah Al Baqarah ayat 83, Al-An'aam ayat 151 dan An-Nisaa' ayat 36. Didalam hadist Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim dari Abdurrahman bin Mas'ud Ra. yang berkata, " saya bertanya kepada Rasulullah, Amal apa yang paling disukai oleh Allah Ta'ala?" Beliau menjawab," Shalat pada waktunya." Kemudian saya bertanya lagi," Kemudian apa?" Beliau menjawab," Berbuat baiklah kepada orang tua. Kemudian saya bertanya lagi," Kemudian apa?" Beliau menjawab Berjihad dijalan Allah." Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash ra bahwa nabi bersabda :


" Dosa besar adalah menyekutukan Allah,mendurhakai orang tua dan sumpah palsu (HR Bukhari).


Bagaimana cara berbakti kepada orang tua? diantaranya adalah:


1. Taat kepada ibu dan bapak

2. Bersikap hormat dan sopan santun dalam segala hal
3. Mendoakan ibu dan bapak
4. Bersikap rendah hati dan berbicara lemah lembut
5. Membantu dengan harta dan tenaga
6. Merawat dan memelihara serta menyenangkan hati mereka
7. Tidak menyakiti perasaan,hati apa lagi badan ibu-bapak
8. Tidak berkata kasar atau kotor yang dapat menyinggung dan menyakiti hati mereka.

II. Ibu Mertua yang dari Rahimnya Pasangan Hidupmu Dilahirkan

Para menantu sering kali berfikir bagaimana caranya membuat sang mertua bersikap baik kepadanya. Begitu juga sebaliknya mertua juga berfikir bagaimana sang menantu menghormati dan menyayanginya. Seorang bijak pernah berkata " Sebelum engkau bisa mengubah sikap orang lain terhadap dirimu, ubahlah terlebih dahulu sikapmu sendiri kepada orang lain."

Sikap kita sebagai menantu :

- Menganggap mertua sebagai orang tua kita sendiri yang wajib dihormati, perlu diperhatikan, dirawat dan dikasihi.

- Jangan bersikap materialistis. Kesetiaan pada ibu mertua bukanlah karena beliau orang kaya.


- Jadilah menantu yang rajin dan berinisiatif untuk bekerja. Jangan jadi pemurung yang selalu menyesali kemalangan nasip. Dan bagi wanita lakukanlah pekerjaan kecil seperti membersihkan rumah.


- Mau mendengar nasihat Mertua


- Jangan mempersoalanhal kecil,memaafkan melupakan jika pernah terjadi persoalan dengan mertua kita. Akhlak yang membuat seseorang panjang kesabarannya dan orang itu terpuji karena memaafkan.


III. Ibu Guru

Sebagaimana orang tua kita, guru-gurukita pun mempunyai jasa besar kepada kita.Mereka mengajari kita ilmu yang berguna mendidik akhlak menjadi mulia. Karena itu kita wajib menyayangi dan menghormati mereka.

Hendaklah kira memberi salam kepada guru-guru kita setiap bertemu dengannya dan menjabat tangannya serta menghadapi dengan wajah yang berseri-seri.Sesekali bersilaturrahmilah pada mereka. Ibu guru ibarat " Ibu Keilmuan "bagi kita, terutama mereka telah berjasa besar mendidik kita sehingga kita bisa membedakan mana yang baik dan buruk, mangfaat dan mudharat, terpuji dan tercela, hak dan bathil,layak dan tidak layak,mana yang menyelamatkan dan mana yang tidak. Dan yang terpenting mereka telah membuat kita seperti sekarang ini.


Jangan sampai kita membuat guru marah besar akibat perbuatan yang tidak baik terhadap mereka. Sebab,ilmu yang telah mereka ajarkan pada kita akan kehilangan berkah-Nya.

www.lentera-ummat.co.cc

Biar buruk di rupa tapi Cantik di akhlak

» Rupa CANTIK akhlak HODOH = HODOH (✖╭╮✖)
» Rupa HODOH akhlak CANTIK = CANTIK (✖‿✖)
» Rupa CANTIK akhlak CANTIK = TERBAIK (◕‿◕✿)
» Rupa HODOH akhlak HODOH = tak sedar diri punya makhluk Ù©(̾●̮̮̃̾•̃̾)Û¶
» Rupa HODOH tapi perasan cantik dan akhlak HODOH = mati lebih baik (◕‿-)!!
...
~♥> jOm jadi Rupa CANTIK akhlak CANTIK => itulah yg TERBAIK :))♥

Rabu, 15 Ogos 2012

‎: KETIKA ALLAH MENCIPTAKAN WANITA ::

assalamualaikum....

~Malaikat datang dan bertanya,
"Mengapa begitu lama, Tuhan?"
~Tuhan menjawab, "Sudahkah
kamu lihat semua detik yang AKU
ciptakan untuknya?"
~Dua tangan mesti di bersihkan,
setidaknya terdiri dari 200
bahagian yang boleh di gerakan
& berfungsi baik agar dapat
mengolah berbagai jenis
makanan...
~Mampu memberikan
kenyamanan bagi anak-anaknya...
~Mempunyai pelukan yang
menyembuhkan rasa sakit hati &
kesengsaraan...
~Dan semuanya cukup di lakukan
dengan kedua tangan ini...
~Malaikat menjawab, "Hanya
dengan dua tangan ini?"
~"Tetapi...,Engkau membuatnya
begitu halus & lembut"
~"Ya..., AKU membuatnya begitu
lembut, tapi kamu belum dapat
bayangkan kekuatan yang AKU
berikan kepadanya agar ia dapat
mengatasi banyak hal luar biasa"
~"Apakah dia mampu berfikir?"
Tanya Malaikat
~Tuhan menjawab, "Tidak hanya
berfikir, dia juga mampu
berunding dan mengutarakan
pendapatnya
~Malaikat itu menyentuh
dadanya,
"Tuhan, Engkau buat ciptaan ini
kelihatan lemah & rapuh, seolah
banyak sekali beban untuknya"
~"Itu bukan kerapuhan, itu air
mata. AKU berikan padanya
supaya dia boleh
mengekspresikan kegembiraan,
kegalauan, cinta, kesepian,
penderitaan, dan rasa bangga"
~"Engkau memikirkan segala
sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini
sungguh menakjubkan"
~"Ya....., Harus...!!! Wanita ini
mempunyai kekuatan untuk
mempersona lelaki...
~Dia dapat mengatasi beban
hidup, mampu menyimpan
kebahagiaan dan pendapatnya
sendiri...
*Mampu tersenyum bahkan
ketika hatinya menjerit...
*Mampu tertawa saat hatinya
menangis...
*Dia boleh berkorban demi orang
yang di kasihinya...
*Dia boleh melawan
ketidakadilan...
*Dia bersorak disaat melihat
temannya bahagia...
*Hatinya terluka saat melihat
kesedihan...
*Dia tahu sebuah ciuman &
pelukan dapat menyembuhkan
luka...
"CINTANYA TANPA SYARAT"
Malaikat sangat kagum, "Lalu apa
kekurangannya?"
Tuhan menjawab, "Hanya satu
hal....., Dia terkadang lupa betapa
berharganya dia"

Sabtu, 11 Ogos 2012

Selamat Ulang Tahun

assalamualaikum dn salam1 malaysia...

hari nie aida kongsi lirik lagu "selamat ulang tahun" atau "selamat hari lahir/jadi"  versi korea

bunyi nye macam nie

 saengil chukha hamnida 
saengil chukha hamnida
saranghaneun …… ( ireum ) 
saengil chukha hamnida 2x

lagu nie mmg pendek je sbb dia ulang2

dlm bahasa melayu macam nie pulak bunyinye...

Selamat ulang tahun,
 selamat ulang tahun
Untuk yang terkasih……. ( sebut namanya )
 selamat ulang tahun . 2x.

ok, tu saja yg aida nk kongsikan...
harap dapat menambahkan sedikit pengetahuan...

bye ^^ assalamualaikum

Jumaat, 10 Ogos 2012

Surah Al-Fatihah





              Terjemahan Surah Al Fatihah

[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.  

Gift Form Timizero