Apa yg hendak dicari?

Khamis, 30 Mei 2013

Hahaha....Happy Birthday....

Selamat Hari Lahir Aida!

Hai...Assalamualaikum semua....

hah...^_^ Alhamdulillah...Allah telah memberi kesempat buat aida untuk hidup dimuka bumi ni sehingga hari ni...iaitu genapnya 15 tahun umur aida....

Alhamdulillah...orang yang pertama yang wish aida di facebook adalah kawan lama aida masa sekolah rendah...lama dah tak jumpa dia...harap-harap ada rezeki untuk berjumpa dengan dia....


happy birthday..hope dpt result yg cemerlang dlm pmr & menjadi ank yg baik..amin 

hehe...terima kasih shahira....harap dapat jumpa ang lagi....

Kalau last year aida nak jadi orang pertama wish birthday kawan-kawan aida....Tapi tahun ni aida tak dapat jadi orang pertama lagi...huhu...sedih...disebabkan lupa aida jadi orang yang Terakhir wish birthday beberapa kawan aida...sedihnya tak dapat jadi orang pertama yang wish...tapi aida harap wish aida pada diorang tahun ni akan diorang kenang...Walaupun aida lah orang yang terakhir wish....

Apa-apa pun aida nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY buat semua yang berkongsi tarikh lahir dengan aida....termasuk kawan aida...nadzirah....Semoga Allah memberkati hidup kita.....

tak lupa juga buat kawan aida yang akan menyambut Birthday pada 31 Mei ni...

bye2...Assalamualaikum....selamat bermimpi....

Rabu, 29 Mei 2013

Happy Belated Birthday

Hai...Assalamualaikum semua....
Apa khabar....
Sempena cuti sekolah ni korang melancong kemana?

okeyla....tujuan aida tulis entri ni adalah untuk mengucapkan Happy Birthday buat Mr.Right...iaitu rakan dan jugak jiran aida....

klik gambar untuk terjah blog Azlan

Walaupun satu kejadian tragis yang mengejutkan berlaku keatas ang semasa balik kelas tambahan tadi....ang tetap happy kan...kan?kan?....hahaha...

Sorry la sebab gelakan ang tadi....ni semua sebab ayat yang diucapkan kawan ang tu... lebih kurang ni kot ayat dia tu "kalau nak tidur bukan kat sini" huhhh serius betul nada dia....mengah perut kami dengar ayat tu....sorry ye....

Hadiah? nak ke? kalau nak tunggu la,maybe 5 tahun lagi...hehe.....
apa-apa pun tengok la kat Johor nanti kalau ada bajet lebih kami belikan....untuk isteri ang sekali...tapi tak janji ye....

Lastly...

Happy Birthday...
Semoga berjaya Dunia Akhirat....


wish kat kami pulak khamis ni...haha

Selasa, 14 Mei 2013

Nice Chingu #_# (kisah benar)


14.5.2013 (di sekolah)
= dalam pukul 12 rasanya....tengah khusyuk baca buku yang nak exam pukul 1.30p.m tadi tiba-tiba dengar ada orang panggil...

fikri : su...su..su...

apa la dia ni nak...lalu aku menoleh ke belakang....baru je separuh toleh...

Azim : jangan su...

tanpa menhiraukan kata-katanya aku pun toleh ke belakang...spriiittt...

fikri : happy befday

aku : (kurang asam punya budak) kata aku dalam hati sambil mengelap muka dan cermin mata yang basah disembur air....lalu aku pun bangun..."Woi...befday aku lambat lagi la...""aku report dekat anisah"

fikri : jangan su....

Kemudian aku pun mengambil botol air mineral ku dan melonggarkan sedikit penutupnya....lalu... zappp...

aku : padan muka...haha...puas hati aku....

fikri : huih...habis basah baju aku...kalau nak renjis aku pun renjis la masa aku mati nnti kat kubr aku....tak pun masa aku kahwin nanti ke....

aku n kawan2 lain : hahaha.....

Tu la al kisahnya...tu la...padan muka sembur lagi air kat aku...kang dah kena...tu la ang tak tau yang aku banyak pengalaman curuh-curuh air kat orang ni....

# # # # # # # # # #

abaikan tarikh tu....lupa nak setkan

14.5.2013 (di rumah )
= 3 lebih...semasa sedang makan....

ayah : dik ni ada kat ang ni...

aku : kad? ('aik..x siap aku...aku x dak masuk apa2 pun...GA pun' fikirku dengan dahi yang bekerut) kad apa?

ayah : nak..tengok sendiri

aku : la....haha....hari jadi adik lambat lagi pun...

haha...rupa-rupanya kad befday ni dari kedai cermin mata yang baru aida buat masa 28.1.2013...disebabkan cermin matanya lama pecah diduduk oleh adikku...huhu....

Apa-apa pun terima kasih kepada semua yang mengingati tarikh lahir aida....Terima kasih sangat - sangat.....

Rabu, 8 Mei 2013

Ulangkaji # Mencontohi Kepatuhan Malaikat

Alhamdulillah...hari selesailah sudah kertas bahasa melayu 1 & 2 dan pendidikan jasmani&kesihatan....tak target apa2 just tunggu results je....

Esok pula kertas inggeris dan pedidikan islam...
hah...apa lagi jom la ulangkaji....



 '
Quran, Al-Baqara, Ayat 36
Quran, Al-Baqara, Ayat 37
(surah Al Baqarah ayat 34-37)

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat , tunduklah (berilah hormat) kepada nabi Adam " lalu mereka sekalian tunduk memberikan hormat melainkan iblis , ia enggan dan takbur , dan jadilah daripada golangan yang kafir (34) 
Dan kami berfirman " wahai Adam ! tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah dari makanannya sepuas - puasnya apa yang kamu ber dua sukai , dan janganlah kamu hampiri pokok ini . ( jika kamu menghampirinya ) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim . (35)
Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada didalamnya dan kami berfirman, " turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman dibumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati) " (36)
Kemudian nabi Adam menerima daripada tuhannya beberapa kalimah ( kata-kata pengankuan taubat yang diamalkannya ), lalu Allah menerima taubatnya , sesungguhnya Allah , dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihi (37)
(surah Al Baqarah ayat 34-37)

Ketaatan Malaikat
  • Mentaati perintah Allah s.w.t agar sujud memberi hormat kepada adam
Kederhakaan Iblis
  • Enggan tunduk dengan perintah tersebut kerana angkuh dan takbur 

Cara syaitan memperdaya manusia 
  1. Memperdayakan manusia mensyirikan Allah
  2. Mengajak manusia melanggar perintah Allah 
  3. Menarik manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran
  4. Menggoda manusia hidup bermusuh-musuhan
  5. Menbisik manusia dengan kerja-kerja sia-sia
  6. Mencampakkan manusia kedalam hati manusia perasaan was-was dan ragu-ragu

Cara menghindari tipu daya syaitan 
  1. Mentaai perintah Allah dan menjauhi larangannya
  2. Menunaikan solat dengan khusyuk
  3. Menjauhkan diri dari perkara maksiat 
  4. Sentiasa nasihat-menasihati dengan perkara kebaikkan
  5. Menghafaz dan membaca Al Quran
  6. Bersifat dengan sifat mahmudah seperti jujur dan baik hati
  7. Sentiasa mentaati ibu bapa dan guru

Syarat-syarat taubat
  1. Benar-benar menyesal dengan dosa atau kesalahan yang dilakukan 
  2. Berhenti daripada melakukan dosa atau maksiat dengan segera
  3. Berazam dengan tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan
  4. Hendaklah meminta maaf dan memulangkan hak jika melakukan kesalahan dengan manusia

Ciri-ciri orang yang taat perintah Allah
  1. Memelihara daripada perkara yang boleh merosakkan akidah
  2. Mematuhi perintah Allah SWT
  3. Menghayati sifat-sifat mahmudah
  4. Sentiasa bertaubat
  5. Membaca Al quran,berzikir,beristighfar dah bertasbih
  6. Menambah ilmu pengetahuan
  7. Memelihara maruah diri.keluarga dan negara

Pengajaran ayat
  • Kita hendaklah mencontohi kepatuhan malaikat
  • Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia
  • Allah kasih kepada hambanya yang bertaubat 
  • Orang yang berjaya mengatasi tipu daya iblis akan selamat di dunia dan di akhirat

Isnin, 6 Mei 2013

Segmen : JOM BERCERPEN by Pena Biru Sora


Assalamualaikum.... hai semua....

Jom join segmen sora...
segmen ni berlangsung selama 6 bulan tau...
kesemua cerpen yg join segmen ni akan dilistkan di blog ini buat selama-lamanya....

kepada yang berminat boleh mula mengarang dari sekarang...


Mula : 1 Mei 2013
Tamat : 30 Nov 2013

Kelayakan 
  • Terbuka kepada semua rakyat malaysia 
  • Boleh mengunakan blog,fb,gmail,ymail/yahoo dan buku/kertas(bagi yg terdekat)
  • Cerpen terbuka...bebas untuk apa-apa tajuk dan cerita...
  • Tiada had penulisan...


Syarat - syarat bagi yang menggunakan blog
  • follow blog sora dan himeouji shop dan syara
  • Like fanpage himeouji shop dan syara
  • Follow twitter syara (jika ada)
  • Buat entri cerpen yg nk ditandingkan dan entri Segmen : Jom Bercerpen serta tampalkan salah 1 banner diatas
  • Tinggalkan link kedua-dua entri korang di entri ini

Syarat - syarat bagi yang menggunakan Facebook
  • Like fanpage himeouji shop dan syara
  • Follow twitter syara (jika ada)
  • Buat cerpen yg nk ditandingkan di note dan buat status tentang Segmen : Jom Bercerpen
  • Tinggalkan link note di entri ini atau Fb Aida
 Syarat - syarat bagi yang menggunakan Gmai / Ymail
  • Buat cerpen yg nk ditandingkan 
  • Hantar ke kochikoiyo@gmail.cam atau keaidaadnan98@ymail.com 

Senarai Hadiah 
  • Tudung bawal plain x1 pemenang
  • Bookmark x2 pemenang
  • Bloglist kekal x3 pemenang
  • Shawl x1 pemenang
  • hadiah akan bertambah jika penyertaan bertambah
 Target
  • 5 - 10 orang peserta

Sabtu, 4 Mei 2013

Kisah Tukang Gunting Rambut


Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambut dan janggutnya.
Apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai banyak perkara.Tapi bila
mereka mula berbicara mengenai Allah,

barber itu pun berkata,'' saya tak percaya Allah itu wujud.''

''Kenapa kamu kata begitu?'' tanya si lelaki tadi.
Cuba kamu keluar di tengah jalan itu dan tunjukkan pada saya bahawa Allah itu wujud. Kalau betul Allah wujud,kenapa ramai sangat orang sakit dekat luar tu? Kenapa masih ada kanak2 yang terbiar? Kalau betul Allah wujud,dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dalam dunia ni. Sayatak dapat bayangkan Allah yang Maha Penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku''. Si lelaki itu pun berfikir sejenak. Tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. Selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

Selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorang lelaki berambut panjang,selekeh,kotor dan janggut tidak terurus. Si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,'' kamu
tahu tak yg sebenarnye
barber juga tidak wujud?'' ''Kenapa kamu kata macam tu? Sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi''.
Kata barber.


''Tidak!'' kata si lelaki tadi.''Kalau barber wujud, dah tentu tidak ada orang yang berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yang panjang dan kotor macam lelaki di tepi jalan itu''.''Ah! Barber memang wujud! Lelaki tu jadi macam tu sebab dia tidak
datang pada saya untuk menggunting rambutnye!''.kata barber. “Tepat sekali!''. kata si lelaki tadi.''That's the point!. Allah juga wujud. Itulah yang terjadi (keperitan&penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya untuk memohon pertolongan.''

Jumaat, 19 April 2013

Hari Anugerah 2012 SMKTP (18.4.2013)


hai..Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah pada hari khamis(18.4.13)yang lalu telah berlangsungnya Majlis Anugerah Cemerlang 2012 di SMK Taman Panglima dengan meriah dan lancar sekali....

Majlis diiringi dengan alunan Gamelan turut disertakan dengan persembahan Mini Okestra,Koir dan Pop band...

Koir - what a wonderful world
- syurga mu

Popband - syurga mu

Mini okestra - summer rain
           - mirae

Ini gambar2 ahli kumpulan mini okestra

Hanis,Umi n Syitah

ezal n azlan

Joshe n me

Aidil,Hadi n Azim
 Geng koir

Sarah n Tinisha


waa...ada light dari matahari laa...
Pop band n Koir






 Klik me to see more picture....

Isnin, 15 April 2013

Banner for Segmen Bercerpen(coming soon)

Assalamualaikum semua...

seperti yang aida cakapkan dulu aida  nak buat 1 segmen di blog pena biru sora....
iaitu segmen "Jom Bercerpen"...

segmen ni akan bermula pada 1 mei 2013 nanti sehingga 31 nov 2013...iaitu selama 6 bulan...kepada sesiapa yang beminat boleh la mula mengarang sekarang...supaya nanti tak terburu-buru....

segmen ni terbuka kepada semua...pengarang boleh join melalui blog,facebook,gmail dan ymail....

target aida seramai 5 orang peserta

sekarang aida tengah mencari sponsor untuk segmen ni...


Ahad, 7 April 2013

After 2 month


Assalamualaikum semua...

pagi semalam (6.4.13/sabtu) Aida datang ke sekolah dengan satu tujuan...iaitu latihan okestra(betul ke eja camtu) ...disebabkan Aida tak tetap kelas jadi dah 2 bulan lebih aida tak main alat muzik..oleh kerana kelas aida sekarang ambil seni lukis....Alhamdulillah...nasib la aida boleh lukis sikit...

Tapi hari ni aida datang buat latihan untuk hari anugerah...lagu pertama yang kitaorang berlatih semalam "Summer Rain" Alhamdulillah lagu ada berlatih masa cuti sekolah tahun lepas dengan bulan 1 lepas...jadi tak lupa sangat nak tekan kord kat keybroad tu...

Lagu kedua pula lagu "Miraie"... waduh...lari habis...lagu ni adalah lagu first kami main masa form 2 lepas tu dah main lagu lain...bar 1 sampai bar 6 okey lagi...masuk je bar 7 huh...hilang habis...tambah-tambah lagi lupa kord B flat...susah2...nasib baik la cikgu tolong...
kalau tak memang kena tinggal la Aida ni... lepas berlatih 2-3 kali... akhirnya berjaya juga main lagu ni dari mula sampai habis...

harap2 masa hari anugerah nanti semuanya akan berjalan dengan lancar...amin....

okey semua...Assalamualaikum..bye...

Nak BerrSegmen pula???

Hai semua...
Assalamualaikum...

hehe...ni pagi buta ni...aida cakap pasal segmen pula....
join segmen dah join GA pun dah...GA pun dah buat...

Sekarang ni Aida rasa macam nak buat Segmen pula....
Tapi Aida taknak buat kat blog ni...
Aida nak buat kat blog Pena Biru Sora....

Segmen yang bertajuk "JOM BERCERPEN"
Aida tak pasti lagi nak buat bila...
Tapi yang berminat tu boleh mula tulis sekarang...
nanti bila segmen tu dah bermula..boleh terus join je....

okey tu je yang Aida nak bagi tahu...
Sapa yang berminat boleh mula sekarang ye....
bye...Assalamualaikum...

Khamis, 4 April 2013

Happy Birthday Chingu ^_^

Assalamualaikum semua....
happy befday buat yang lahir pada hari ni...

Terutamanya buat Cik Tam(ibu saudara) dan Hazimah(my friend)

Happy birthday...semoga panjang umur dan murah rezeki...
buat acik...semoga bertemu jodoh dan sihat selalu...
hazimah...gud luck for PMR...semoga beroleh 8A....fighting

insyaallah...akan ada hadiah buat korang... 

http://www.youtube.com/watch?v=NhnoS7ot8kM

Selasa, 19 Februari 2013

City Hunter Versi Aida

entri pendek

hai...assalamualaikum...

huhhuh....tadi saja2 je aida bukan Sumo Paint asalnya nak try lukis doodle muslimah alih2 jadi camni pula... haha... lawak betul doodle ni...


hahaha....ini la first doodle by aida...iaitu city hunter versi aida...hehe....

lepas ni nak try lukis lagi laa...

bye2...

#ps:blog ni dalam proses pemubah suaian.....



Isnin, 18 Februari 2013

Review Pemenang 1st GA by Aida

Hai...Assalamualaikum semua...

Hari ni aida nak langsaikan hutang review dan bloglist pemenang dari GA aida...Aida minta maaf sesangat sebab lambat review n bloglist blog pemenang...Sorry ye...Aida bukan saja2 tapi aida lupa..ditambahkan pula dengan homework yang bertimbun serta tiada kemudahan komputer....

okey la...tak membebel banyak2...
so...back to the topic...

Blognya ialah 


blog kak izyan cantik...kemas dan teratur lagi...loading pun tak ambil masa yang lama...blog kak izyan nampak klasik moden sebab utamanya gambar dalam blog kak izyan warna hitam putih...blog kak izyan digabungkan dengan warna pink,biru,ungu dan kelabu serta sedikit aksoseri(betul ke aku eja ni)yang berwarna kuning...warna2 ni semua yang membuatkan blog kak izyan nampak moden...dengan gambar2 yang digabungkan...header serta teddy bear yang cute...memang cantik la...rasa macam kat negara barat pulak..hehe ^_^


blog nabila ni simple je tapi cantik dan kemas...berwarnakan ungu putih serta bertemakan hello kitty memang cute macam tuan blog...loading pun cepat je...follower nabila masih sikit jadi mari la kita ramai2 follow  blog nabila....


blog kak nadhirah ni kemas dan teratur...header pun cantik siap boleh pusing2 lagi...warna blog kak nadhirah pun simple...pink,putih dan hitam je....ditambah dengan aksoseri yang warna warni memang nampak meriah...orangnye pun molek2 gitu...


huh...akhirnya...cukup laa sampai disini saja esok pagi dah sekolah..huhu..malasnya... aida minta maaf laa kalau apa yang aida komen ni korang suka...tapi memang ternyata blog korang lagi kemas berbanding blog aida...jeles tengok...tapi apa2 pun aida nak minta maaf kalau ada yang aida cakap membuatkan korang kecil hati atau sewaktu dengannya....sorry ye...

bye2..assalamualaikum...


Khamis, 7 Februari 2013

2012 In My Heart (part 1)

Hai...Assalamualaikum semua...

apa khabar?

erm...dah masuk tahun 2013 ni rindu pula tahun 2012..sampaikan tarikh yang ditulis pun jadi 2012 belakangnya...Tahun ni aida sesorang je kat sekolah tahun lepas ada juga kakak...dah la tahun PMR...calon last PMR pula tu....huh...teseng2...kerja sekolah bertimbun-timbun.....



Tahun 2012 banyak meninggalkan kenangan manis...tahun tu aida jadi bendahari kelas...asalnya akhir tahun nak buat jamuan...tapi guru kelas pula nak kahwin...taknak laa kacau cikgu honeymoon...jadi tak jadi la kami nak buat jamuan sampai sekarang aida still dengan status bendahari 2PK 2012 pada hal sekarang dah 2013...aida tu dah x still kelas tu...

Masa cuti sekolah tahun lepas memang ramai la kawan-kawan tanya "bila nak buat jamuan?bila nak buat jamuan?" sampai jemu aida nak dengar...yang lagi satu paling aida bengang bila diorang minta duit diorang balik...bukannya aida tak boleh bagi balik tapi cuba fikir sikit bukannya semua yang bayar habis...jadi susah laa nak agihkan balik...

So,sekarang ni kitaorang rancang nak buat jamuan lepas PMR...kitaorang tak jadi nak agihkan semula duit tu sebab ketua dengan penolong kelas tak nak,nak jamuan....1 lagi sebabnya lepas habis PMR nanti memang susah nak jumpa, duduk belajar sama-sama dah...nanti masing-masing pilih aliran sendiri..ada yang tukar sekolah.....

Memang sedih la bila teringatkan hal ni....rindu pula rasa...

Waktu hari rabu tu hujan waktu koko...entah macam mana tah aida boleh ternampak kelibat-kelibat abang kakak form 5 tahun lepas...aida nampak kelibat abang botak tengan ronda kat koridor(gelaran tu kekawan dia yang bagi...)dia tu ketua pengawas,satu kelas dengan kakak aida..kelas kejuruteraan...Lepas tu pula aida nampak kelibat kawan sekelas kakak aida dekat depan pintu kelas diorang...rasa rindu ngan sedih pulak masa tu...

Form 5 tahun ni tak macam form 5 tahun lepas ramah,ceria,lawak,riuh dan macam-macam lagi la....memang best la time diaorang ada....Form 5 tahun ni tak tinggi macam tahun lepas dan sebelum-sebelum ni dah..semuanya dah setaraf kami, budak menengah rendah...

okey la...cukup la sampai disini...nanti ada masa..panjang umur...aida cerita lagi...

ni aida kepilkan gambar kelas kakak aida...



bye..assalamualaikum...
i miss u all in 2012

CAHAYA KEBAHAGIAAN: Pemenang 1st GA by Aida

CAHAYA KEBAHAGIAAN: Pemenang 1st GA by Aida: Hai....Assalamualaiukum semua... hah!! mesti koang tak sabar nak tahu siapa peserta yang bertuah menerima hadiahkan... Jumlah kesemua...

Smash oh Smash

Hai...Assalamualaikum semua....

korang pernah dengar pasal kumpulan Smash tak?

tapi kalau cakap pasal kumpulan Smash ni mesti korang keliru...sebabnya..bukan satu je kumpulan Smash ni...lebih daripada satu....ada dari Jepun,Korea,Indonesia pun ada...

huh...poning aden...search kat google kumpulan Smash...bercampur-campur gambar dia...

mai nak perkenalkan kumpulan-kumpulan Smash ni...
Tapi aida keliru lagi ni tak tahu nak beza yang mana korea yang mana jepun
lagi satu yang aida keliru...kumpulan smash korea,sama ada 1 atau 2 kumpulan.
sebabnya 1 mv ni ada 5 orang je tapi yang lain semua 6 oran...

memang pening....

ini dari Jepun(5 orang)


ini pula dari korea(6 orang)


korea(5 orang)



lastly...

from indonesia(7 orang)



nak tahu apa lagu-lagu diorang tak?kalau nak tekan tajuk kat bawah tu

ni antara lagu-lagu diorang

jepun
korea

indonesia


okey la...tu je la yang nak dikongsikan dengan korang....
bye2..selamat bermimpi....
Assalamualaikum



Selasa, 5 Februari 2013

Proses Pengubahan Rupa

Assalamualaikum semua...

waa...tahun baru wajah baru...banyak blog yang berwajah baru sempana tahun baru ni tapi blog Aida je still same je... 

jadi, sekarang ni Aida pun dalam proses perbaharui blog ni....ai maklum la sibuk tahun ni sebab nak PMR...tu la sebabnya tak dapat nak edit sekali gus semua...biar la sikit2 dulu lama2 jadi bukit juga kan2?

okey la...entri pendek je hari...Doakan Aida dapat 8A je...

bye...assalamualaikum...

Ahad, 27 Januari 2013

Perhatian!! List Peserta 1st GA by Aida

Hai..Assalamualaikum....

kepada semua peserta GA ini pastikan anda telah mengikut semua syarat yang ditetapkan ye....saya tak dapat nak check sama ada korang ikut syarat atau pun tidak...disebabkan masalah tertentu,jadi saya berharap sangat korang jujur.... JUJUR PADA DIRI...JUJUR PADA SEMUA

Dalam list dibawah ni nama peserta 1-10 adalah sponsor dan orang yang terlibat dalam penganjuran GA ni....

PESERTA

  1. Amy -> add
  2. Tashyra Sha -> follow , like
  3. wilma Shana -> follow , like
  4. Azie -> follow twitter
  5. HaniFajar -> like
  6. Siti Nur Shuhada ->like , follow 
  7. Azlan Azmi -> like , follow 
  8. Hazimah
  9. Afifah
  10. http://anisahnurulanis.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-aida.html
  11. http://macune.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-aida.html
  12. http://nabila-aziz.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  13. http://sitizawiah95.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-aida.html
  14. http://sicomotmasokcontest.blogspot.com/2012/12/1st-giveaway-by-aida.html
  15. http://nurhanim-ehier.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  16. http://nadhirahnoorkhan.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  17. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  18. http://akuedyedankoe.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  19. http://systaahoneebunny.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  20. http://cerita-aremira.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  21. http://www.nurulazieyan.my/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  22. http://ummilattiahmatjusoh.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  23. http://hyesemua.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  24. http://chien-puterirahsia.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  25. http://angellovesoldier.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  26. http://liyaabloggies.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  27. http://sibloggermuslimah.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  28. http://cikzaniff.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  29. http://unspokeneverdreams.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  30. http://kimshibul35.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  31. http://justforcontest.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  32. http://meanwhileinparalleluniverse.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  33. http://hananhadila.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  34. http://sahbanu-mulaan.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  35. http://pikahpunyacerita.blogspot.com/2013/01/1st-give-away-by-aida.html
  36. http://nazihahxx.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  37. http://theberyylicious.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  38. http://izyanyancinnamon.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  39. http://yayamongekss.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  40. http://lipstikpinkk.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  41. http://afna-in-da-house.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  42. http://magiesibudakkecik.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  43. http://umikasum.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  44. http://softness-self.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  45. http://sibodohjangankacau.blogspot.com/2013/01/1st-giveaway-by-aida.html
  46. http://lavenderbirusmktp.blogspot.com/

Gift Form Timizero