Apa yg hendak dicari?

Selasa, 1 Oktober 2013

Soalan Ramalan : Ilmu Pengatahuan Asas Kejayaan

Aida nak kongsikan sikit tajuk ramalan PMR buat semua calon PMR....
Semoga ianya berguna...


.عن أبى بكر رضى الله عنه, عن النبى (ص) قال أغد عالما أو متعلما أو مستمعا أو محبا ولاتكن الخامسة فتهلك
(Riwayat At Tabrani)

Maksudnya:
Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu,jangan jadi orang kelima anda akan binasa.
  • Hadis diatas menyarankan supaya kita menuntut ilmu, mencintai ilmu dan menjadi orang yang berilmu pengetahuan. Jangan biarkan diri kita menjadi golongan kelima, iaitu golongan yang tidak memiliki salah satu daripada ciri-ciri tersebut.

Saranan Yang Terdapat Dalam Hadis
  1. Menjadi seorang guru, iaitu menyebarkan ilmu kepada orang ramai
  2. Menjadi pelajar, iaitu menuntut ilmu pengetahuan
  3. Suka mendengar sesuatu yang boleh memberi ilmu pengetahuan
  4. Cinta kepada ilmu pengetahuan
  5. Tidak menjadi golongan kelima, iaitu mereka yang tidak memiliki keempat-empat ciri diatas
Cara Menjadi Orang Yang Berilmu
  1. Sentiasa membaca buku-buku ilmiah dan berfaedah
  2. Rajin menghadiri progran-program
  3. Berkawan dan mendampingi orang-orang yang berilmu
  4. Sanggup membelanjakan wang untuk mendapatkan ilmu
Akibat Tidak Berilmu
  1. Sukar untuk mendapat hidayah Allah SWT
  2. Tidak mendapat keredaan Allah SWT
  3. Dihina dan disisihkan oleh masyarakat
  4. Tidak dapat membezakan antara perkara yang hak dan batil
  5. Tidak dapat membangunkan masyarakat Islam
  6. Umat Islam dipandang rendah
Ciri-ciri Ilmu Yang Berguna
  1. Ilmu yang memantapkan iman
  2. Ilmu yang membawa keepada pengabadian diri kepada Allah
  3. Ilmu yang dapat mempertingkatkan martabat umat islam
  4. Ilmu yang tidak membawa kepada kesesatan
  5. Ilmu yang membangunkan masyarakat
  6. Ilmu yang membawa kejayaan
  7. Ilmu yang membentuk akhlak dan sifat terpuji
Faedah Berilmu
  1. Hidup mulia dan dihormati
  2. Mentaati dan berbakti kepada ibu bapa
  3. Diredai dan dikasihi Allah
  4. Membangunkan ekonomi islam
  5. Dapat berbakti kepada masyarakat dan negara
  6. Dapat membezakan diantara hak dan batil
  7. Mengangkat martarbat agama,bangsa dan negara
  8. Berdaya maju setanding dengan bangsa-bangsa lain
Pengajaran Hadis
  1. Kita mestilah berusaha dengan tekun dan sabar untuk menjadi orang yang berilmu.
  2. Orang yang tidak mencintai ilmu akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat.

~~sekian~~

1 ulasan:

Unknown berkata...

wah siap ada soalan ramalan ye...hehehe...

anyway, exam camne? boleh jawab ke semua soalan?

PS: drama yg aida cari tu tajuk dia proposal daisakusen...google je tajuk ni kalau nak cari sumber2 download...siap ada yg versi korea jugak drama ni... :P

Gift Form Timizero