Apa yg hendak dicari?

Selasa, 21 Januari 2014

Oh Apple Ku \(^_^)/

Leda Japan Song Making

Leda Japan Song


Hai...Assalamualaikum semua...
lama aida tak update entri baru...maklum la...sesi persekolah bagi tahun 2014 pun baru berapa minggu bermula....macam-macam hal yang nak diuruskan....3 hari orentasi,dengar ceramah tentang subjek-subjek baru yang akan diambil...dan tak lupa juga ceramah tentang format kertas SPM....

Huhh...memang penat...ditambah lagi dengan homework yang bertimbun...dah dekat seminggu juga la Aida jarang online...bukan sebab homework je netbook ni pun buat hal juga....

Okey...berbalik kepada topik...
kalau tidak,tahun lepas setiap hari selasa macam ni...balik sekolah mesti kalut nak online,kalau tak buka facebook terus ke youtube...bukannya sebab nak main game ke apa...tapi sebab nak tengok lagu apa pula la yang LEDApple nak cover untuk Music Note minggu ni....lepas tu chat dengan kawan2 yang juga Leda(nama gelaran buat peminat LEDApple)...heboh pasal music note minggu tu...masing-masing sibuk kongsikan video tu dekat facebook dan kawan2...

Tapi tu semua cerita tahun lepas...tahun ni tak ada dah....rasa sedih dan rindu pula datang setiap kali hari selasa menjelang...balik sekolah online facebook dah tak ada lagi kecoh2 pasal Music Note...cuma bincang pasal homework yang cikgu bagi je....lepas tak ada apa yang nak dibincang terus off...

Tapi takpe ni semua untuk kemudahan ahli LEDApple juga...maklum la mereka akan start buat World Tour Consert pada tahun...start dari negara matahar terbit pada hujung bulan ni...iaitu 31 January 2014 di  Shibuya,Jepun....dan kalau tak silap,pada bulan February pula di Netherland,Italy dan Singapura...di Malaysia pula pada 8 march 2014 ....

Aida teringin juga nak pergi konsert LEDApple ni...tapi apakan daya...diriku ni...yang masih belum bekerja,jadi manalah nak ada duit untuk beli tiket...bak kata Hazimah "tak dapat pergi konsert pun tak apalah asal dapat tengok kat airport pun jadilah..."

Okey la...bye...
bawah ni Aida sertakan beberapa video world tour LEDApple

1. 

2. [Teaser] "A Night In with LEDApple" Online Concert Experience


3. [ANNOUNCEMEN] FYI ON STAGE with LEDAPPLE - Live Showcase In Malaysia

Tiada ulasan:

Gift Form Timizero