Apa yg hendak dicari?

Rabu, 8 Mei 2013

Ulangkaji # Mencontohi Kepatuhan Malaikat

Alhamdulillah...hari selesailah sudah kertas bahasa melayu 1 & 2 dan pendidikan jasmani&kesihatan....tak target apa2 just tunggu results je....

Esok pula kertas inggeris dan pedidikan islam...
hah...apa lagi jom la ulangkaji....



 '
Quran, Al-Baqara, Ayat 36
Quran, Al-Baqara, Ayat 37
(surah Al Baqarah ayat 34-37)

Maksudnya
Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat , tunduklah (berilah hormat) kepada nabi Adam " lalu mereka sekalian tunduk memberikan hormat melainkan iblis , ia enggan dan takbur , dan jadilah daripada golangan yang kafir (34) 
Dan kami berfirman " wahai Adam ! tinggallah engkau dan isterimu dalam syurga dan makanlah dari makanannya sepuas - puasnya apa yang kamu ber dua sukai , dan janganlah kamu hampiri pokok ini . ( jika kamu menghampirinya ) maka akan jadilah kamu dari golongan orang yang zalim . (35)
Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada didalamnya dan kami berfirman, " turunlah kamu! sebahagian kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain, dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman dibumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati) " (36)
Kemudian nabi Adam menerima daripada tuhannya beberapa kalimah ( kata-kata pengankuan taubat yang diamalkannya ), lalu Allah menerima taubatnya , sesungguhnya Allah , dialah yang amat pengampun lagi amat mengasihi (37)
(surah Al Baqarah ayat 34-37)

Ketaatan Malaikat
  • Mentaati perintah Allah s.w.t agar sujud memberi hormat kepada adam
Kederhakaan Iblis
  • Enggan tunduk dengan perintah tersebut kerana angkuh dan takbur 

Cara syaitan memperdaya manusia 
  1. Memperdayakan manusia mensyirikan Allah
  2. Mengajak manusia melanggar perintah Allah 
  3. Menarik manusia ke lembah kehinaan dan kehancuran
  4. Menggoda manusia hidup bermusuh-musuhan
  5. Menbisik manusia dengan kerja-kerja sia-sia
  6. Mencampakkan manusia kedalam hati manusia perasaan was-was dan ragu-ragu

Cara menghindari tipu daya syaitan 
  1. Mentaai perintah Allah dan menjauhi larangannya
  2. Menunaikan solat dengan khusyuk
  3. Menjauhkan diri dari perkara maksiat 
  4. Sentiasa nasihat-menasihati dengan perkara kebaikkan
  5. Menghafaz dan membaca Al Quran
  6. Bersifat dengan sifat mahmudah seperti jujur dan baik hati
  7. Sentiasa mentaati ibu bapa dan guru

Syarat-syarat taubat
  1. Benar-benar menyesal dengan dosa atau kesalahan yang dilakukan 
  2. Berhenti daripada melakukan dosa atau maksiat dengan segera
  3. Berazam dengan tidak mengulangi dosa yang telah dilakukan
  4. Hendaklah meminta maaf dan memulangkan hak jika melakukan kesalahan dengan manusia

Ciri-ciri orang yang taat perintah Allah
  1. Memelihara daripada perkara yang boleh merosakkan akidah
  2. Mematuhi perintah Allah SWT
  3. Menghayati sifat-sifat mahmudah
  4. Sentiasa bertaubat
  5. Membaca Al quran,berzikir,beristighfar dah bertasbih
  6. Menambah ilmu pengetahuan
  7. Memelihara maruah diri.keluarga dan negara

Pengajaran ayat
  • Kita hendaklah mencontohi kepatuhan malaikat
  • Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia
  • Allah kasih kepada hambanya yang bertaubat 
  • Orang yang berjaya mengatasi tipu daya iblis akan selamat di dunia dan di akhirat

2 ulasan:

Nurul Anisah berkata...

Ulangkaji,bagus2 good luck utk periksa esok :)

Hatimi Tahirruddin berkata...

bagus jugak buat camni aida...nanti boleh digunakan balik masa nak exam akhir tahun...

Gift Form Timizero